Cari Blog Ini

WAKE UP NOTES...

Foto saya
When the eyes open, we breathe, we walk, we speak, whatever we had done, until the end of our life,...history was wrote

Rabu, 3 Disember 2008

Hari dan Klinik

Bertemu lagi,

Hari ini aku nak cerita pasal aku kena gi klinik. biasa la kat klinik putrajaya selalu masa menunggu terlalu lambat. aku ini baru je nak baik demam, sebab tunggu lama dah nak demam balik plak. Yang tu, tak la aku kisah. yang aku kisah nape demam aku tak baik-baik. dah dapat turn g check up. MA mengesahkan aku tiada apa-apa sintom penyakit yang ala-ala merbahaya gitu. so alhamdulillah lah. tapi dah hampir sebulan aku asyik telan rutin ubat. kecik, besar, pahit, sedap semua lah. tapi orang kata nak baik nyer pasal terpaksa la jugak menelan. dah lah aku kategori orang yang kurang mesra alam dengan ubat-ubat nih. bukan nak tunjuk terer, tapi memang stlye susah nak berkawan dengan ubat. setakat sikit-sikit ni kira halal jelah. satu lagi, nape la time aku gi klinik, ramai lak orang ofis aku gi klinik. aku tak janji dengan dorang pun. dorang pun tak janji dengan aku jugak. lantak lah. kisah g klinik ni bagi aku susah lah. sejak aku keje ngan goverment ni la yang paling kerap dan banyak aku g klinik swasta dan kerajaan. tak tau kenapa. kalau tak sebab sakit pun sebab melawat kengkawan. dulu aku fobia bab gi klinik dengan hospital nih. pi la jugak sebelum ni tapi bukan untuk mendapatkan rawatan la. tapi sejak dapat kemudahan ni, rasa dah mula mesra dengan klinik dan hospital nih. Pasal demam aku nih, apakejadah la penyakit nih. susah bebenor nak baik nyer. sekejap kebah dua kejab demam balik, tiga kejap hilang empat kejap dan panas balik. Inikah dugaannya, Inikah dugaannya...ooo..., nampak ketarakah dilema diwajahku, oooo.....di luarnya tenang tapi tuhan saja tahu...wooo...wooo (nak nyanyi lagu hujan kejap tajuk "dugaannya' kejap na). tak pe lah, anggap je itu dugaan. Raya haji pun dah nak dekat. den nak ucapkan solamat hari ghayo haji pado semuo yang mongonali eden dan isteri den seperti dalam gambo nih ha.....selamatttttt !!!!!

2 ulasan:

amn berkata...

Ehem.. boleh ke aku komen.. Hahaha..

Kake Zuey lawa baju pink yang kau pakai tu.. Nampak sangat berseri..

Erk.. Sepul, kau pun sama!!!

amn berkata...

serius.. aku suka tengok korang pakai baju pink ittiew.. Nampak berseri sangat. I like pink!