Cari Blog Ini

WAKE UP NOTES...

Foto saya
When the eyes open, we breathe, we walk, we speak, whatever we had done, until the end of our life,...history was wrote

Khamis, 10 Mac 2011

SIRI 3 : CERITA KEMBARA LABUAN

ha......sambung lagi cerita.....
Bila sampai jer...aku pun melilau cari beg, tunggu beg aku kat tempat beg kat airport tu...apa nama ntah . lepas tu kami kena nek bas. layanan baik orang-orang labuan nih. naik bas apa...?.ha korang tengok lah sendiri gambar aku add kat bawah nih siap pakai model lagi. model nih nama nyer sopie,...kalau korang taip kat youtube dia ada wat show duit syiling jadi ketam...dia la tu..



seriusnyer model aku nih...aku kandid jer nih..

Itulah cerita pasal kenderaan atau pengankutan nak ke hotel penginapan. penginapan kat mana? Grand Dorset...5 star tuh...tak kesah lah...dari airpot nek bas pusiang satu pulau baru sampai ke hotel. kat bawah nih aku letak gambar dengan model yang arif dan berpengalaman nak menunjukkan dia sedang berada di depan pintu masuk Grand Dorset nih...Saksikan...



Sori bang, saya pinjam gambar abang..

Masuk ke lobi hotel lepak punya lepak, boring kuar berjalan-jalan. kena teh madras, perhhhgggg....layan, aku letak lagi satu gambar yang menunjukkan suasana tapak majlis, ada ekspo lagi, tapi gambar tu sebelah stage utama majlis yang nak dilaksanakan...



Dah penat jalan balik hotel, oppss aku tak cerita, sebenarnya aku masih tak dapat kunci bilik...lambat la ntah apa kejadahnyer buat lambat aku tak tau...jadi aku tak mandi , boring terus jalan-jalan. jangan tak mandi kata XPDC,.. realiti... teman kak ina ajak gi hantar barang kat Perbadanan Labuan...melawat terus , lantak lah...kendian aku balik hotel jam 3.00 lebih baru dapat kunci bilik.sampai ? lewat jugak la sebab delay... kat bawah nih, gambar aku dapat bilik dan menunggu terbenamnya matahari...cute tak model nih...sasa kann..



terbenam matahari itu bermakna, aku kena tutup cerita untuk episode ini....
nantikan siri ke empat nyer...aku nak tido...tata...

Rabu, 2 Mac 2011

SIRI 2 : CERITA KEMBARA LABUAN......


Dikesempatan ini juga aku dan keluarga serta warga KWPKB mengucapkan takziah kepada Keluarga Allayarham
Dato' Yaakop bin Fakir Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU Pengurusan) kementerian. Arwah menghembuskan nafasnya pada 26 Februari 2011. Al- fatihah... disedekahkan kepada Allahyarham. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Jasamu dan budimu walau sesingkat lebih kurang setahun di Kementerian ini akan dikenang.



Okey....kita mula untuk siri dua ni macam biasa dimulakan dengan As-salam....

ni Gambar aku amik dalam Flight nih


Perkara 1 : Ketibaan di Terminal 2 KLIA (LCCT) lebih kurang jam 6.40 pagi (aku agak jer...sebab aku takde jam tangan pun)...hentam je lah. tapi yang pasti aku sampai LCCT. Disebabkan Wife mithaliku telah mengecheck in online tiket aku n berjaya, so tugas aku di LCCT lebih mudah la.... itu pun aku perlukan Khidmat Pojie jugak (Terima kasih Pojie). Bila jam ber alih ke jam 7.10 pagi lebih kurang, aku pun berarak masuk ke kapal terbang Air Asia yang Airbus tuh la.

Perkara 2 : Jadi rombongan kami (sebab ramai lagi sebenarnya, tak buleh citer soma) pun diteruskan berkompol dalam kapal terbang nih...so riang gembira la walaupun kena jalan kaki sikit ke Flight. sesampai jam 7.45 pagi, aku pun macam best la....pikir flight ontime...kena siapsiaga untuk berlepas. melewati 5 minit kapal tak gerak-gerak...enjin pun tak berbunyi..apa kejadah nyer ! adakah pilot lupa isi minyak ? ape pilot terlewat bangun tido ke hape...? tapi aku kool jer, biasa lah aku memang rocker ma..rocker misti kool. kengkawan len dah macam-macam hal...yang tido yang keluar masuk toilet, yang ntahhapa-hapa lagi lah...TING !TONG ! KAMI MEMOHON MAAF KERANA KELEWATAN PENERBANGAN, KERANA MASALAH YANG TAK DAPAT DIELAKKAN. DIJANGKA PENERBANGAN AKAN DITERUSKAN KIRA-KIRA 15 MINIT LAGI..Ala 15 minit lewat ape la sangat kan...

Perkara 3 : Tunggu punya tunggu, smpai krem buku lali aku,kapal terbang tak gerak, nasib baik stewades comey-comey. itu pun pandang dah kelat dah sebab dekat jam 9.10 kapal tak gerak. enjin pun tak hidup-hidup, adakah plug terlupa pasang (kapal pakai plug ker?) adakah... eh apa aku merepek nih..Lima minit kendian. TING !TING! TING ! TONG! (bunyi ni aku gambarkanjer,...tak sama pun). KAMI BERTERIMA KASIH DAN PENERBANGAN KITA AKAN BERMULA DALAM MASA 5 MINIT !!!..haa..haa.. dngar krew kapten kapal bagi ceramah. (yang ni versi aku edit la..) tepat jam 9.17 pagi kapal pun gerak ....berapa lama aku dan geng tunggu dalam kapal nih, korang kire le. korang soma mathematics terbaek kan....

Perkara 4 : cukup la kut..tak da pa nak dicerita kat atas kapal tuh..melainkan sleep dan makan. dapat makan dooo...bayar mahal kan mesti dapat makan. nasi goreng kampung lagi. Untuk makluman, penerbangan ini mengambil masa selama lebih kurang 2 jam 15 minit dengan kelajuan purata 800km/jam... lepas makan lets sleep !!!...

Gambar nih sewaktu nak collect bag di Terminal Labuan

bersambung....