Cari Blog Ini

WAKE UP NOTES...

Foto saya
When the eyes open, we breathe, we walk, we speak, whatever we had done, until the end of our life,...history was wrote

Isnin, 28 Februari 2011

SIRI 1 : CERITA KEMBARA LABUAN...

As salam......
mulakan dengan awallulkalam ...

Untuk siri satu ni aku nak cer la pasal aku gi Labuan.Macam aku citer dalam pra-siri Kembara Labuan (post aku terdahulu). Kira aku ulang tayang semula la (Flashback la bro kata omputih...), ini kali ke pertama aku menjejak kaki ke Tanah Labuan sepanjang hidup aku, jadi jejak je kaki di bumi Labuan ni maka lengkaplah lipatan sejarah hidup aku menjejaki seluruh Tanah Malaysia (termasuk sabah, sarawak dan Labuan). Alhamdulillah, aku diberi peluang itu walaupun sebelum ni tak pernah aku jangka pun, macam misi mustahil plak ( tapi terbukti.... tiada yang mustahil dalam hidup). Maklumla, cita-cita aku masa cikgu tanya dulu aku bleh cakap yang aku.......(rahsia wat masa ni).

Sambung citer pasal Kembara Labuan ni. Aku sajer tak Tajuk ni, baru la Macam gempak sikit (Macam la, tapi aku tak gilerkan Publisiti murahan beb).Yessss.... Jam 5.15 pagi, aku dah prepared n gerak ke ofis. kompol kat ofis nek bas g LCCT...g ngan geng ofis la. Senang, Transpot ada tak la triller bab ni.Biasa... janji, janji tinggal janji, janji jam 5.30 pagi konon nak gerak. Tunggu punya tunggu, melilau kesana kesini, pejam celik, tengok ulangan Raja Lawak Astro, dekat jam 6 pagi baru gerak g LCCT . Haaaa.... lagi sekali nak kasi tau,..Sejarah tercipta lagi dalam sejarah hidup aku.... ini lah juga wat kali pertama aku nek kapal terbang tambang murah AirAsia. Nama je Tambang Murah, naik Airbus tuuu.....korang dapat naik ker (Waktu tu la). Cuma yang agak kurang best....ooooppppss nanti la aku citer bila sambung siri berikutnya...

Tukar topik , kasi buat lencongan sket, pasal macam mana aku terpilih untuk ke Labuan ni ! Tahun lepas nama aku dah nek, tapi ntah apa la sebabnyer, aku pun tak tau, nama aku tetiba tak terjumpa dalam list dan tiket tak nak cetak nama aku (nak sedapkan hati salah kan tiket tak mo cetak nama aku). Hilang kegirangan aku tapi sebab gua kool (bukan kumpulan kool) gua tak kisah beb. Gua tau gua akan dapat peluang jugak nanti, tak tahun ltu, tahun ni gua dah dapat gi jugak beb. Tuhan itu maha kuasa. Syukur alhamdulillah. Melalut plak, k sambung cerita, aku dipilih atas kapasiti jemputan. Jadi tugas aku g sana memeriahkan Majlis jerlah. Untuk itu aku kena berterima kasih kepada Setiausaha Bahagian tempat aku kerja kerana memberi peluang pada aku untuk menjejakkan kaki ke bumi Labuan ni... kena terima kasih pada sesiapa yang sudi menaip nama aku dan meggolongkan diri dalam senarai ke bumi Labuan nih. Bini aku !!!! takbleh bawak, si kecil cerdik aku tu sapa nak jaga. lagipun bini aku dah tak kesah pun setakat g Labuan ni. dah penah pegi dah beberapa kali aku pun tak penah kira pun . Sampai je kat LCCT dalam 6.++ pagi la macam tu. aku pun dah lupa....(kenapa aku cepat sangat lupa ek...dah tua dah kut). check in tiket. load barang. g semayang. masuk dalam jam 7.oo pagi. Flight nak gerak ikut jadual jam 7.45 pagi..... so akupun nek awal lepak la dalam flight. takut kena tinggal la katakan. Mungkin hari kurang menarik la masa tu sebab...,ada problem plak, tetiba jer....Aku tutup citer dulu , Nanti lah aku citer dalam siri dua nanti.........saje aku nak wat macam drama bersiri ....okey....end siri 1....



Khamis, 24 Februari 2011

PERSEDIAAN KEMBARA DI BUMI LABUAN....(Pra-Siri)

Hari ni,....aku kena siap sedia untuk ke destinasi tak pernah ku jejaki pagi-pagi buta besok lagi...rasanyer ayam tak sempat kokok kut aku dah standbye. Nek flight air asia, korang tau-tau sendiri la. Nak kemane ?..nak kena pegi Labuan la.... Terlibat dengan program penutupan hari Wilayah. Rasa susah hati la sebab nak kena tinggalkan anak bini ni. tapi untuk release tensen kerja kira dah selesai da...(Irdina, daddy gi sekejap je tau....daddy love u so much).

untuk pengetahuan korang, setelah bertahun, ini lah kali pertama gua jejakkan kaki di bumi Labuan. Sadiskan (sebab aku dah kerja nak dekat 6 Tahun da kat KWPKB....) itu la hakikatnya....tapi biasa la, kira aku beruntung sebab aku dapat pergi dari orang lain bukan kata Labuan, sebelah rumah pun tak sempat nak ziarah. lagi sadis tu.... Takpe sekurang-kurangnya aku dah letak nama aku pada Penjenamaan semula nama bagunan KWPKB ni. itu pun hak milik bersama (dengan sesiapa, tidak dapat la che' nak dedahkan), . Rezeki Allah bagi kat aku dan kuarga aku ( Rezeki anak perempuan aku yang comel dan cerdik ni,... sebab kalau aku, tersangat la jarang bernasib baik )

Apahal pun akan aku update dalam kembara di bumi Labuan Siri Satu-Suatu destinasi coming soon. Off report.....tit ..tit..tit...

Ahad, 20 Februari 2011



Salam,

Haaaa.....buat julung kalinya bagi tahun 2011, and the new series , aku upload gambar perkembangan anak aku. Nur Irdina Rahmah, cukup petah, cukup enegertic dan sangat aktif. sekarang sedang belajar macam-macam la, macam aku masa kecik-kecik dulu (Agaknyer la, tak tanya lak mak aku pasal nih). Setakat ni, dah kuar la simple-simple word, macam nak, tak nak, daddy, mami dan sekali sekala A,B,C, kadang-kadang kuar gak Satu, dua Tiga, one ,two,three dan banyak lagi laaaa...berjalan dah laju, lari dah makin kencang. macam lagu ape tuh....oooooooo kudaku lariiii gagah berani (Lagu sharifah aini kut) yang tu yang aku nak cakap tuh, lagu tu la....

Untuk makluman pembaca blog aku nih, setakat aku update ni usia dia (anak aku yang comel dan cute sangat.....daddy love u so much) adalah setahun empat bulan. Betul la , anak adalah penyeri kehidupan. kadang-kadang dia mengimbau kepada kenangan aku masa kecik-kecik dulu, ada karenah yang buat aku tersenyum sendirian. Mami dia ? ada la tuh. masing-masing ada kenangan kan.

cerita tentang aku, famili aku dan kehidupan aku. Alhamdulillah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula aku. biasa la tu, semua tu asam garam hidup, air laut pun ada pasang surut, tapi aku sangat bahagia bersama mami (Isteriku) dan Irdina ( anakku sayang). cerdiknyer dia ( anak ku sayang), Bila aku n mami marah jer, muah,...muah...muah....dia pujuk aku n mami dia (Pandai nyer anak aku ...), syukur alhamdulillah.

Aku terlampau melimpah-limpahan cite dah ni, nak citer saat-saat ini, perasaan ini, penatlak rasanyer nak menaip. laen kali jerlah. Aku harap korang enjoy tengok gambar yang aku upload nih......cadangan tuh nak masukkan video, ada teknikal la plak, jadi aku tak upload la video (kaciwa nyer aku...). ok lah , Jumpa lagi...